Saturday 21 April 2012

The red rose conveys the creative spirit of love.



                                 Untukmu ingin aku ucapkan ... I love you Lillahitaala.

Rabiatul Adawiyah sebuah nama agung di dalam sejarah sufi Islam. Cintanya hanya kepada Penciptanya, Allah عز وجل.

Di jauh-jauh malam Rabiatul Adawiyah membisikkan kepada Rabbnya:

"Tuhanku, Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagunganMU. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucianMU, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepadaNya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkedipan dan setiap sesuatu di sisiMU dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Ketika siang memadam malam, fajar menyinsing merona alam, Rabiatul Adawiyah terus bermunajat, merintih merindui kekasihnya.

"Ya Tuhanku, malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri; apakah Engkau akan menerima malamku supaya aku berasa bahagia atau Engkau akan menolaknya ? Demi kemuliaanMU, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkanku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaanMU, jika Engkau menghalauku daripada pintuMU, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ kerana hatiku sangat cinta kepadaMU."

Indahnya perjalanan kehidupan seorang srikandi agung, Rabiatul Adawiyah. Kasihnya...rindunya...cintanya...hanya Untuk Yang Maha Berkuasa. Merisik-risik si adam untuk memilikinya, biar setinggi mana darjat dan pangkatnya...biar setampan mana atau seperkasa mana kewiraannya...Dia Rabiatul Adawiyah menolaknya.

Cinta luar biasa, cinta Rabiatul Adawiyah. Dia mencintai Illahi sebagai momentum untuk membentuk jiwa dan hati yang bersih dan suci. Kehidupan Rabiatul Adawiyah diuji dengan keimanan dan kecintaan hanya kepada Allah عز وجل dan tiada selain dariNya.
  
Sepintas membaca dan menulis tentang kisah wanita warak, Rabiatul Adawiyah,...diam..., aku menginsafi diri. Sejenak mentela'ah daily days yang sudah; tersinggung sedikit lalu berkecil hati. Sakit sedikit lalu mengeluh itu dan ini. Berada sulit sedikit semuanya dikesali sana dan sini. Asyik bertanya "kenapa ?...kenapa begitu, kenapa begini. Sesungguhnya, apa sahaja yang terdetik di hati, apa sahaja yang terlintas di akal dan apa sahaja rasa yang terluah is up to your integrity to Allah SWT. Yakinlah kebergantungan hanya Kepada Allah.  Kita datang dari Allah dan pulang kita juga kepada Allah. Tiada yang kekal milik kita. Semuanya milik Allah. Hati kita juga milik Allah.

Gelagat insan bermacam ragam. Jiwa tidak akan pernah berasa kecewa andai ada janji tidak ditepati kerana Allah itu Al-Aliimu(Maha Mengetahui). Hati yang menyintai Lillah, Insha Allah akan mendapat cinta Allah di dunia dan di akhirat.

"Ya Allah, ampuni aku. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasihMU yang abadi dan hanya hidup di sisiMU sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Aamiin.


 

No comments:

Post a Comment