Saturday 5 May 2012

Tentang Jodoh

13JamadilAkhir 1433, May 5,2012

Siang pasangannya malam. Laut pasangannya pantai. Lelaki pasangannya perempuan. Jodoh itu pasangan. Ia telah ditetapkan sejak azali lagi.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya: Rasulullah S.A.W seorang yang benar serta dipercayai bersabda: "Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. Kemudian Allah SWT mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah SWT di mana tiada tuhan selain-Nya."

Berkahwin atau tidak, bukan sesuatu yang perlu dirisaukan kerana ia perkara yang telah ditetapkan di dalam qada dan qadar Allah. Erm, apa yang perlu dirisau, bagaimana harus berusaha untuk mendapat redha Allah di dalam memenuhi perintahNYA. Hidup yang masih bujang juga tidak apa-apa. Bersyukurlah kerana ia kelapangan masa yang ada untuk memantapkan diri, untuk berusaha mencari dan memilih di dalam membuat persediaan di ketika menghadapi ujian di indahnya perjalanan hidupmu.

Seperti doa saidina Umar Al-Khattab ra pada suatu ketika: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.” Aamiin.







No comments:

Post a Comment