Monday 21 May 2012

The White Daisy

1 Rejab 1433H, May 22, 2012M


White Pure, Grow wild


White Innocence,  Hidden exploitation














Az-Zahra daisi putih ~ putih petalnya bak hati yang polos, bersih dan suci. Namun kuning di tengah-tengahnya mempotraikan ketidak jujuran dan manipulasi. Aku membuat tafsiran sendiri tentang bunga daisi. Ia laksana sebuah hati yang mahu mencari kebaikan. Hati yang benar mahu berhijrah mencari kebahagiaan kerana sebenarnya bahagia itu kurang di dalam dirinya yang sebenar. 

Ta'awwuz "Audzubilah himinassyaiton nirojim" (Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam), dengan lafaz yang sentiasa bermula dengan basmalah "Bismillahirrahmaanirrahiim" (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani) dan untuk mencari redha "Qulhuallah hu ahad"(Tuhanku, Allah Yang Maha Esa) hati akan timbulkan rasa kebesaran Allah. Maka secara sendirinya hati berhijrah beramal dengan amalan yang baik, mendapat hati yang sentiasa mengingati Allah dengan zikrullah yang akhirnya mendatangkan ketenangan pada batin manusia dan akan menghindar syaitan menyelinapi hati.

Dan berkata Al Hassan bin Abi Tolib : “Sesiapa yang membaca “A’uzubillahi minas Syaitonir Rajim" itu, maka tidak ada jalan yang Syaitan boleh menggodanya.”

Setiap keputusan untuk pemutihan diri adalah penghijrahan hati yang inginkan kebaikan dalam diri atau ingin memperbaiki diri. Apa yang telah dimiliki adalah merupakan suatu ujian. Walau apa sahaja bidang yang diceburi di dalam dunia ini ia adalah peluang. Peluang yang sama ada untuk melakukan perkara mahmudah atau peluang untuk melakukan perkara mazmumah. Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam surah Al-Baqarah pada ayat terakhir yang bermaksud:
“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia akan mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan ia akan mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.”
Setiap yang berlaku terkandung hikmahnya. Hanya insan yang sedar akan ujian itu diberikan kepadanya sahaja akan memahami bahawa ia bertujuan untuk kemaslahatan.



When you are put through a trial or hardship do not ask 'why me?'
rather say "Alhamdulillaah Allah choose me..."

May Allah bless us. Aamiin.


No comments:

Post a Comment