Monday 14 May 2012

White Perfect Love - Tulips


White Perfect Love -Tulips


22 JamadilAkhir 1433H, May 14 2012M
“Dia tidak sihat kerana terkena gangguan jin yang dihantar orang. Ada 'rakan yang pandai' boleh melihat ada orang telah melakukan hasad terhadapnya kerana dengki dengan perniagaannya yang berkembang baik. Kalau dilihat dari luarannya, orang yang berhasad itu adalah seorang perempuan yang nampaknya baik dan bertudung labuh. Itulah, bertudung labuh tetapi berhati khianat.”
Di sini, pakaian bukanlah garis panduan sebagai ukuran baik buruk seseorang. Islam itu bukanlah pada pakaian tetapi pada ilmu dan amalan. Sempurnanya iman seseorang bukan semata-mata terletak pada pakaiannya. Tetapi sekurang-kurangnya dia telah menutup auratnya dengan sempurna. Jika menyukai seseorang maka berdoalah kebaikkan untuknya dan jika tidak menyukai seseorang maka berdoalah kebaikkan untuknya. Doa adalah rawatan yang paling mujarab untuk menyembuhkan dan mewujudkan damai dengan izin Allah SWT. 
'Rakan yang pandai' - adakah dia seorang bomoh? atau adakah dia seorang yang mengklaim dirinya adalah seorang yang menguasai ilmu-ilmu ghaib? atau adakah dia seorang pengamal perubatan islam?
Hadis nabi SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang berjumpa dengan tukang tilik dan bertanya sesuatu yang ghaib lalu mempercayai kata-kata mereka, maka tidak akan diterima solatnya selama 40 hari." HR Imam Muslim.
Bagi pengamal perubatan islam yang sebenar, mereka tidak akan bertanya kepada pesakit tentang siapa yang melakukan kejahatan kerana tugas jin kafir adalah untuk memecah belahkan manusia dengan menipu. Pengamal perubatan islam juga tidak akan memberitahu soal siapa yang melakukan kejahatan kerana jin kafir bermatlamat untuk mewujudkan permusuhan dan kebencian. Pengamal perubatan islam hanya akan berusaha untuk merawat atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT.
Di setiap badan ada mahluk ghaib yang menumpang. Ada malaikat Raqib dan Atib yang mencatat amalan dan ada jin qarin yang sentiasa bersama. Dari segi pengetahuan yang diperolehi melalui membaca, cara rawatan kepada orang yang terkena gangguan jin adalah dengan membaca ayat-ayat ruqyah iaitu ayat-ayat terpilih dari Al Quran kepadanya. Response si pesakit apabila dibacakan ayat-ayat itu menjadi hint ada atau tiadanya makhluk tersebut. Kebiasaannya, pada orang yang terkena sihir akan meronta-ronta apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah.
Sesetengah orang begitu yakin terkena sihir orang yang berhasad terhadap mereka. Apabila mendatangi pengamal perubatan islam, tiada pula menunjukkan response yang berat mengatakan dia memang terkena sihir tersebut. Jika persoalan sebegini berlaku, ada dua kemungkinan yang boleh dijangka iaitu sama ada, seseorang itu memang tidak terkena sihir atau saka dan keduanya adalah kelemahan dari pihak yang merawat yang tidak mampu memberikan apa-apa kesan kepada makhluk jahat. Ia juga bergantung kepada siapa yang membaca ayat-ayat tersebut. Mungkin amalannya masih belum cukup. Mungkin masih banyak dosa yang dilakukan. Jika keadaannya sedemikian, maka carilah bantuan dari orang lain yang lebih tinggi ilmu dan amalannya.
Firman Allah SWT di dalam surah An-Nam ayat 65 yang bermaksud:
"Katakanlah, hai Muhammad! Tidak ada yang mengetahui perkara ghaib sama ada di langit dan di bumi melainkan Allah."
"Sesiapa yang mendakwa mengetahui perkara ghaib maka dia telah berbohong kepada Allah, kepada kebenaran, dan kepada manusia." -Dr Yusuf al-Qhardawi. Sesungguhnya Rasullulah SAW merupakan manusia yang paling agung, namun Baginda sekalipun tidak mampu untuk mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan diberitahu oleh Allah SWT.
Pernah suatu ketika Baginda didatangi oleh sekumpulan lelaki dan menyembunyikan sesuatu di dalam tangan mereka dan mereka menyangka bahawa Baginda mengetahui perkara ghaib. Lalu mereka bertanya, "Beritahu apa yang ada di dalam tangan kami?" Maka Baginda menjawab dengan jelas, "Aku bukanlah seorang pawang atau nujum yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya pawang atau nujum berada di dalam neraka." HR at-Tirmizi. Tidak dinafikan bahawa terdapat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus yang menyerang sesetengah daripada kita, bahkan kita wajib mempercayainya kerana hal tersebut ada di dalam al-quran dan hadis nabi SAW. Ia boleh disebut sebagai terkena saka, santau, sihir dan sebagainya. Dalam hal ini pun kita dilarang untuk berjumpa bomoh dan sebagai alternatifnya, kita dibenarkan untuk berjumpa dengan orang-orang yang ahli dalam bidang tersebut iaitu mereka yang menggunakan kaedah islam dan ayat-ayat suci al-Quran secara menyeluruh untuk merawat pesakit.
Para ustaz selalu berpesan, jika benar seseorang terkena sihir atau saka, orang yang terbaik untuk merawat penyakitnya adalah dirinya sendiri. Orang lain hanya sekadar membantu dengan izin Allah SWT. Hablumminallah~hubungan baik dengan Allah haruslah dijaga. Bagi seorang perempuan solat 5 waktu, taat pada suami (bagi yang berstatus isteri), meninggalkan perkara yang haram, melakukan perkara yang pahala serta menutup aurat dengan sempurna untuk mendapat redha Allah SWT. Jika ada makhluk ini datang mengganggu akan mudah ditewaskan kerana kita mempunyai kekuatan dalaman untuk melawannya. Kekuatan dalaman ini hanya diperolehi apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan patuh pada syariat-NYA. Tiada orang lain yang boleh menolong kecuali diri kita sendiri. 
Hablumminallah. segalanya haruslah di atas pengabdian seratus peratus dan penuh keimanan kepada Allah SWT dan bukanlah bermatlamat pada satu-satu tujuan untuk menyembuhkan penyakit atau menghalau jin dan anasir-anasir jahat. Ubatilah penyakit yang lebih parah ini dahulu saudaraku.
Happiness will never come to those who dont appreciate the blessings they already have. "Ya Allah I know you are there. I know you see my tears. I know you hear my prayers. I know you are testing me. And all I ask from you is to strengthen my Iman so I can handle the struggles in life and have patience. I love you my Lord. My Allah. Please keep me safe" Aamiin.




No comments:

Post a Comment